Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Takaful Malaysia perkenal kad perubatan digital mampu milik ' KAOTIM'
Perniagaan

Takaful Malaysia perkenal kad perubatan digital mampu milik ' KAOTIM'

Takaful Malaysia perkenal kad perubatan digital mampu milik ' KAOTIM'

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal (kiri) pada Majlis Pelancaran Platform Digital baharu, KAOTIM di ibu negara/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 29 November– Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) melancarkan KAOTIM ,platform digital baharu yang menawarkan pelan perlindungan perubatan mampu milik bagi rakyat Malaysia, bersempena dengan ulang tahun ke-39 pengendali takaful itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,Nor Azman Zainal berkataKAOTIM merupakan inisiatif digitalTakaful Malaysia yang menawarkanMediKad, pelan perlindungan perubatan dengan tiga pelan mampu milik bermulaRM38 sebulan dan had tahunan sehingga RM1.1 juta dengan pilihan rider, MediBooster.

Tambahnya, pengenalan KAOTIM turut memperkukuh komitmen Takaful Malaysia dalam memberikan pengalaman yang lebih mesra pelanggan dan selamat kepada generasi muda.

“Kini, perlindungan perubatan sangat mahal, kami cuba mengurangkan beban rakyat melalui gabungan keperluan pelanggan dan digital.

“Dengan pendaftaran dalam talian empat langkah dan soal selidik perubatan ringkas tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, keperluan perlindungan pelanggan akan dilindungi serta-merta,” katanya selepas pelancaran KAOTIM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap inisiatif digital dapat menjadikan Takaful Malaysia sebagai peneraju digital dalam industri insurans dan takaful, sekali gus, memenuhi aspirasi jangka panjang, pendigitalan industri perkhidmatan kewangan.

“Ini adalah permulaan bagi Kaotim yang memilikikeunikan, perkhidmatan yang pantas dan harga yang berpatutan. Pada masa hadapan, akan ada lebih banyak produk yang dilancarkan di bawah jenama ini,” katanya.

MediKad menawarkan tiga pelan berbeza kepada rakyat Malaysia berumur antara enam dan 69 tahun dengan tempoh perlindungan sehingga 85 tahun.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...