Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Perniagaan

Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF

Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF

Dr. Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April, selepas memegang jawatan itu sejak Ogos 2021.

Tanpa menyatakan sebabnya, Syed Hamid memaklumkan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.

\”Sejak saya dilantik sebagai pengerusi pada Ogos 2021, saya telah diberi peluang untuk memberikan bimbingan dan nasihat dalam menyokong WIEF melalui pelbagai inisiatif dan projek global yang tertumpu kepada perkongsian ilmu,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Hamid berkata, WIEF telah menerajui agenda ekonomi yang tertumpu kepada masa depan yang lebih mampan untuk semua, dengan usaha yayasan meningkatkan hubungan pelbagai hala dalam kalangan negara yang terlibat.

\”Ia adalah perjalanan yang amat bermakna dan saya meninggalkan yayasan ini dengan berat hati. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan, Kerajaan Malaysia, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penyumbang, penyokong dan peserta dari seluruh dunia atas semangat kerjasama dan sokongan yang baik diberikan kepada WIEF sepanjang tempoh perkhidmatan saya,\” katanya.

Beliau turut berharap WIEF akan terus mengekalkan peranannya dan mencapai kejayaan dengan ketelusan dan tadbir urus yang telah dilaksanakan dengan cekap.

Yayasan WIEF, badan penganjur acara tahunan WIEF, terdiri daripada lembaga pemegang amanah yang disokong oleh panel penasihat antarabangsa dan sekretariat tetap yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...