Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Syarikat tempatan digesa pelbagaikan produk getah
Perniagaan

Syarikat tempatan digesa pelbagaikan produk getah

Syarikat tempatan digesa pelbagaikan produk getah

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 22 Ogos-Syarikat tempatan digesa mempelbagaikan produk berasaskan getah berbanding menumpukan kepada pengeluaran sarung tangan dan tayar semata-mata.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata langkah itu juga bagi meningkatkan pengeluaran komoditi itu, selain memperluaskan pasaran eksport getah.

\”Seharusnya jangan putus asa untuk penanaman getah kerana getah ini dia banyak jenis kepenggunaannya.

\”Jika kita terlalu bergantung kepada import, ini natural lateks daripada Thailand, Vietnam, ini sedikit sebanyak merugikan kita kerana pertukaran wang asing.

\”Kita harus melihat kepada ketahanan atau kebolehpercayaan dan keselamatan untuk rantaian bekalan kita ini,\” katanya kepada media selepas lawatan ke kilang pengeluaran tilam lateks Getha.

Kementeriannya turut akan memastikan kelestarian produk getah Malaysia dapat memenuhi piawaian antarabangsa menerusi inisiatif Getah Asli Lestari Malaysia (MSNR).

Menerusi MSNR, ia meningkatkan kualiti produk getah di peringkat global khususnya Eropah yang mementingkan prinsip kelestarian.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...