Home Perniagaan Syarikat pembuatan Taiwan EMC labur RM900 juta di Pulau Pinang
Perniagaan

Syarikat pembuatan Taiwan EMC labur RM900 juta di Pulau Pinang

Syarikat pembuatan Taiwan EMC labur RM900 juta di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada taklimat pembinaan EMC di Georgetown/Foto RTM

GEORGETOWN, 20 Jun-Sebuah syarikat pengeluar Laminat Bersalut Kuprum (CCL) dari Taiwan, Elite Material Co. Ltd (EMC) melabur sebanyak RM900 juta di Pulau Pinang bagi pembinaan sebuah kilang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata,kilang baharu berkenaan dibina di atas tanah seluas 5.6 hektar di Penang Science Park North dan dijangka siap pada 2025.

\”Pembinaan kilang akan dibahagikan kepada dua fasa melibat RM900 juta.

\”Fasa pertama pembinaan loji yang mampu mencapai kapasiti pembuatan sebanyak 600 helai laminat. Manakala fasa kedua akan melibatkan tambahan sebanyak 150,00 helai laminat sebulan.

\”Pembinaan kilang berkenaan bakal siap pada awal suku tahun 2025\”, kata Kon Yeow.

Tambahnya, Pulau Pinang menjadi lokasi pertama kilang EMC dibuka di Asia Tenggara.

Jelasnya, pelaburan EMC ini akan mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hab ekonomi berimpak tinggi di peringkat nasional dan serantau.

Turut hadir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EMC, Albert Dong di Pejabat Ketua Menteri di sini.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...