Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Subsidi tiket penerbangan ekonomi tiga hari sebelum perayaan – Anthony Loke
Perniagaan

Subsidi tiket penerbangan ekonomi tiga hari sebelum perayaan – Anthony Loke

Subsidi tiket penerbangan ekonomi tiga hari sebelum perayaan – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

SEPANG, 15 Disember– Kerajaan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu akan bermula dengan perayaan Krismas yang disambut 25 Disember ini dengan pembelianbermula esok bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu pada 22, 23 dan 24 Disember.

Tambahnya, dasar sama akan diteruskan tahun hadapan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri,Pesta Kaamatan,Hari Gawai danKrismasdengan pembelian tiket dibuka pada 1 Januari 2024 pukul 12.01 tengah malam.

\”Maksudnya, RM599 itu ialah harga maksimum. ,tak semestinya tiket itu RM599. Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi,\” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ujarnya, bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 itu, Loke berkata kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal denganharga maksimum tiket penerbangan itu.

Memberikan contoh, Loke berkata jika harga tiket penerbangan ekonomi RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, pembeli hanya membayar RM599, manakala RM901 akan ditampung kerajaan.

Loke berkata bantuan subsidi itu dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 13 Disember lepas berikutan keluhan tentang harga tiket kapal terbang yang tinggi sebelum musim perayaan terutama bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang menetap, bekerja dan belajar di Semenanjung.

Katanya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dipertanggungjawabkan sebagai urus setia dan urusan pembayaran kepada syarikat penerbangan bagi inisiatif bantuan subsidi itu.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...