Home Perniagaan Sistem perbankan negara catat penampan mudah tunai kukuh
Perniagaan

Sistem perbankan negara catat penampan mudah tunai kukuh

Sistem perbankan negara catat penampan mudah tunai kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Sistem perbankan negara terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 153.7 peratus setakat Februari lepas.

Bank Negara Malaysia menerusi Sorotan Bulanan bagi Februari 2024 memaklumkan, agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya pula kekal stabil pada 81.8 peratus.

Kualiti aset sistem perbankan juga kekal utuh dengan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan kekal stabil, masing-masing pada 1.6 peratus dan 1 peratus.

Sementara itu, jelas bank pusat, pasaran kewangan didorong jangkaan pelabur global bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengekalkan kadar dasar yang tinggi untuk tempoh lebih lama.

Berlatarkan perkembangan ini, ringgit mencatat penurunan nilai sebanyak 0.7% berbanding dolar

Manakala hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun meningkat sebanyak 7 mata asas.

FBM KLCI pula didagangkan lebih tinggi sebanyak 2.5% berikutan aliran masuk ekuiti asing.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...