Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Sistem PADU, mampu urus fiskal lebih berhemah – Pakar
Perniagaan

Sistem PADU, mampu urus fiskal lebih berhemah – Pakar

Sistem PADU, mampu urus fiskal lebih berhemah – Pakar

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Januari– Pengenalan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan struktur awal ke arah pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yakin hasil pelaksanaan PADU juga bakal menyaksikan pengurusan fiskal yang lebih berhemah, berupaya mengimbangi hutang negara.

PADU juga berupaya menangani soal ketirisan dalam penyaluran inisiatif rakyat agar benar-benar sampai kepada golongan sasar mengikut keperluan.

\”PADU diwujudkan untuk memastikan bukan pendapatan kasar isi rumah diambil kira seperti klasifikasi Bank Dunia yang kurang tepat seperti T20, B40, M40 tetapi mengambil kira perbelanjaan isi rumah yang sebenar.\”

\”Ini termasuklah mengambil kira lokasi tempat tinggal dan tempat bekerja seperti di bandar mahu pun di kampung. Pengelasan pendapatan boleh belanja (Nett Disposable Income) boleh diperolehi dengan tepat oleh kerajaan,\” kata Dr. Aimi kepada pemberita RTM menerusi satu panggilan video maya, hari ini.

Tambahnya, penggunaan data analitik masa sebenar juga adalah langkah ke hadapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...