Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan SIRIM sedia bantu usahawan tempatan teroka pasaran eksport
Perniagaan

SIRIM sedia bantu usahawan tempatan teroka pasaran eksport

SIRIM sedia bantu usahawan tempatan teroka pasaran eksport

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan SIRIM Berhad, Rafidah Mokhdar

KUALA LUMPUR, 18 Januari- SIRIM Berhad sedia membantu usahawan tempatan yang ingin meneroka pasaran eksport luar negara terutamanya ke China.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan SIRIM Berhad, Rafidah Mokhdar berkata, agensi itu menawarkan khidmat nasihat bagi meningkatkan kualiti produk tempatan serta memudahcara proses pensijilan halal.

\”Apa yg Sirim tawarkan, khususnya melibatkan modal insan iaitu latihan dan perundingan bagi meningkatkan penghasilan produk, kita tingkatkan kualiti pembungkusan untuk memenuhi keperluan pasaran eksport khususnya dalam kes ini; China,\”katanya.

Jelasnya, SIRIM turut bekerjasama dengan Dewan MyGerak Eksport Malaysia bagi program pemilihan produk oleh 15 pembeli berpotensi dari negara China

Ia susulan perjanjian persefahaman ditandatangani pada Expo MIHAS 2022 dianjurkan MyGerak dengan kerjasama MATRADE dan SIRIM melibatkan lebih 1,000 unit simpanan stok; SKU usahawan kecil dan sederhana seluruh Malaysia dengan sasaran jualan sehingga RM40 juta.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghantaran kontena pertama kepada Kumpulan Lanhua di Shah Alam, Selangor.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...