Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Sime Darby pantau kesan penyusutan ringgit, jejas margin perniagaan
Perniagaan

Sime Darby pantau kesan penyusutan ringgit, jejas margin perniagaan

Sime Darby pantau kesan penyusutan ringgit, jejas margin perniagaan

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property BHD, Datuk Azmir Merican

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Sime Darby Property Bhd memantau rapat kesan penyusutan ringgit kepada kos bahan binaan selain memastikan sebarang kenaikan adalah terkawal.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Azmir Merican berkata, kesan kadar pertukaran mata wang akandirasai memandangkan bahan mentah dalam sektor pembinaan diimport, sekali gusmemberi kesan kepada margin perniagaan.

\”Saya berharap makro ekonomi kekal stabil dan jika dilihat kepada prospek ringgit, berdasarkan laporan dikeluarkan, ringgit dijangka mengukuh menjelang akhir tahun ini. Jadi saya tidak fikir pemaju akan menghadapi masalah kenaikanharga atau terpaksa memindahkan kos kepada pengguna,\”katanya.

Sementara itu, beliau berharap prospek industri hartanah lebih baik tahun ini, disokong penurunan kadar faedah secara beransur-ansur di Amerika Syarikat dan United Kingdom selain pengukuhan pasaran buruh.

Jelasnya, penurunankadar faedah akan memberi kesan atau mempengaruhi keputusan monetari bank lain di seluruh dunia, secara tidak langsung menjadikan harga rumah lebih murah.

Beliau berkata demikian pada taklimat keputusan tahun kewangan 2023 syarikat berkenaan yang diadakan secara maya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...