Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal
Perniagaan

Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal

Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, mencecah 4.63 yang kali terakhir dicatat pada Januari lepas, didorong oleh peningkatan sentimen susulan potensi AS menurunkan kadar faedah serta prospek pertumbuhan di peringkat domestik.

Pada 8 pagi, ringgit di paras 4.6330/6400 daripada paras 4.6350/6375 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan menunjukkan trend positif apabila potensi AS menurunkan kadar faedahnya terus mendapat momentum.

“Aliran ringgit yang positif itu membawa kepada prospek perbezaan kadar faedah lebih rendah antara Kadar Dana Fed (5.50 peratus) dan Kadar Dasar Semalaman (3.00 peratus) yang kini berada pada 2.50 peratus,\” katanya kepada Berrnama.

Beliau berkata ringgit akan terus diniagakan mengukuh berikutan nilai semasanya yang sememangnya dinilai lebih rendah.

“Sasaran akhir tahun saya bagi ringgit telah disemak kepada RM4.50 daripada RM4.65 berbanding dolar AS,\” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan ringgit turut muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di pasaran Asia, manakala kebanyakan mata wang lain stabil berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.0115/0191 daripada 5.0225/0252 pada Isnin dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0129/0177 daripada 3.0158/0176 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit tempatan itu rendah berbanding pound Britain kepada 5.9562/9652 daripada 5.9472/9504 pada penutupan Isnin.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4492/4547 daripada 3.4499/4521 semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8723/8993 daripada 12.8947/9063 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 284.5/285.1 daripada 284.6/284.9 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.92/7.93.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...