Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Perniagaan

Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh sentimen positif dan jangkaan bahawa negara maju itu menurunkan kadar faedahnya pada tahun depan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6055/6125 berbanding dolar AS daripada paras 4.6275/6330 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran peningkatan dalam pasaran bon AS yang menyaksikan penurunan ketara hasil Perbendaharaan AS, menunjukkan jangkaan penurunan kadar faedah di negara maju itu semakin mendapat momentum.

“Ini menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) menjadi lemah dan jatuh ke paras sekitar 100 mata.

“Susulan itu juga, ringgit mengukuh berbanding dolar AS ke paras RM4.6082 dan menunjukkan perbandingan ringgit dengan dolar AS semakin menghampiri paras sokongan segera pada RM4.5778,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2723/2776 daripada 3.2453/2494 semalam, rendah berbanding euro kepada 5.1242/1323 daripada 5.1152/1213 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8932/9022 daripada 5.8862/8932, semalam.

Dalam pada itu, ringgit sebaliknya diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean, kecuali bagi baht Thailand yang menyaksikannya di paras 13.4979/5260 daripada 13.4559/4790, sebelum ini.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4972/5031 daripada 3.5001/5045, naik berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.31/8.33 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.6/299.3 daripada 299.8/300.4, semalam.

— Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...