Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Sentimen positif global, prospek eksport pacu ringgit dibuka mengukuh
Perniagaan

Sentimen positif global, prospek eksport pacu ringgit dibuka mengukuh

Sentimen positif global, prospek eksport pacu ringgit dibuka mengukuh

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 27 Disember– Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas sentimen risiko dapat diredakan oleh jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah pada Mac depan, kata penganalisis.

Pada9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6315/6380 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.6340/6435,semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keyakinan global yang positif ternyata mendorongnilai aset risiko, terutamanya apabilaindeks S&P 500 Amerika Syarikat (AS) hampir mencecahparas tertinggi.

\”Perkembangan ini memacu sentimen global yang positif dan menyebabkan nilai dolar AS susut dalam kalangan kumpulan mata wang negara-negara kumpulan G10,” katanya kepada Livevartha.

Selain itu, di peringkat tempatan, Innes menjangkakan ringgit terus mengukuh, terutamanya susulan kaitannya dengan mata wang yuan China yang meraih manfaat daripada langkah rangsangan dasar oleh kerajaan China pada Oktober lepas.

\”Barangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan produk semikonduktor dijangka memacu eksport domestik yang kukuh pada tahun depan. Berikutan itu, ringgit mungkin akan turut mendapat impaknya apabilapendapatan eksport ditukar menerusi pertukaran mata wang dan sememangnya berperanan penting dalam permintaan ringgit tempatan,\” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali mengukuh berbanding yen Jepun pada3.2463/2511 daripada 3.2517/2586 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada5.8913/8995 daripada 5.8815/8935 pada Selasa dan rendah berbanding europada5.1109/1180 daripada 5.1044/1148, sebelum ini.

Berbanding mata wang Asia, ringgit sebaliknya diniagakan kebanyakannya lebih mengukuh.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada3.4986/ 5038 daripada 3.5005/5082, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.6 daripada 299.2/300.0 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.37 daripada8.37/8.39, sebelum ini.

Selain itu, ringgit turun berbanding baht Thailand kepada13.4207/4466 daripada 13.3962/4310, semalam. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...