Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Selangor, KL, Johor, Sarawak dan P. Pinang penyumbang utama ekonomi 2023 – DOSM
Perniagaan

Selangor, KL, Johor, Sarawak dan P. Pinang penyumbang utama ekonomi 2023 – DOSM

Selangor, KL, Johor, Sarawak dan P. Pinang penyumbang utama ekonomi 2023 – DOSM

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 2 Julai– Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal penyumbang utama kepada ekonomi negara tahun lepas.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata kelima-lima negeri itu menyumbang 67.7 peratus kepada ekonomi pada tempoh tersebut.

\”Empat negeri melepasi pertumbuhan di peringkat nasional 3.6 peratus iaitu negeri Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan pertumbuhan ekonomi 3.7 peratus,\” kata Dr. Mohd Uzir kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada sesi Pembentangan serta Soal Jawab Berkenaan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KDNK Mengikut Negeri, 2023, secara dalam talian.

Prestasi ekonomi Selangor, Pahang dan Johor dipacu oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan.

Tahun lalu, ekonomi negara berkembang sederhana sebanyak 3.6 peratus, namun semua negeri mencatatkan pertumbuhan positif yang menggalakkan.

Nilai KDNK per kapita nasional pada tahun 2023 pula berjumlah RM54,612.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...