Sunday , 15 December 2024
Home Perniagaan Sektor E&E: Pendekatan holistik dapat tingkat daya saing negara
Perniagaan

Sektor E&E: Pendekatan holistik dapat tingkat daya saing negara

Sektor E&E: Pendekatan holistik dapat tingkat daya saing negara

Foto Livevartha

GEORGE TOWN, 27 Ogos- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) digesa menggunakan pendekatan holistik bagi pembangunan bakat pekerja berkemahiran dalam memastikan Malaysia mendahului pesaingnya.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengekalkan bakat yang kekal kukuh itu menjadi cabaran utama bukan sahaja di Malaysia, malah negara lain yang terlibat dalam sektor tersebut.

\”Saya percaya jika kita dapat menyelesaikan isu ini, kita akan mendahului dalam persaingan dan kita perlukan pandangan jangka panjang mengenai pembangunan bakat.

\”Ini semestinya termasuk menyemai minat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah untuk memastikan pilihan kerjaya menarik supaya pelajar memilih untuk meneruskan laluan ke industri tersebut,\” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) di sini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sektor berkenaan telah membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah eksport negara menjadi petunjuk jelas kepentingan sektor tersebut kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan program yang diterajui MOF iaitu Gear-up direka untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor ekonomi penting.

Enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah komited melabur RM120 juta dalam pelaburan domestik langsung (DDI) dalam tempoh akan datang bagi program tersebut antaranyaKhazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...