Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai eksport negara
Perniagaan

Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai eksport negara

Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai eksport negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Julai-Sekatan unilateral olehAmerika Syarikat terhadap lima syarikat Malaysia tidak menjejaskan nilai keseluruhan eksport negara.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, implikasi sekatan itu berbentuk individu, mengakibatkan syarikat terlibat kehilangan akses sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan di negara tersebut.

Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menjelaskan, MITI sentiasa berhubung dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan unilateral berkenaan.

Pada masa sama,mengadakan sesi perkongsian maklumat bersama firma guaman Amerika Syarikat mengenai tatacara menyahsenarai syarikat daripada sekatan.

Dalam pada itu, MITI turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan pandangan lanjut berkaitan implikasi perkhidmatan kewangan kepada syarikat terbabit.

Kelima-lima syarikat disyaki menjalankan aktiviti jual beli dan membekalkan barangan antaranya komponen dan teknologi strategik bagi program senjata Iran atau angkatan bersenjata Rusia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...