Home Perniagaan SDP sasar 100% pekerja tempatan menjelang 2027
Perniagaan

SDP sasar 100% pekerja tempatan menjelang 2027

Foto Fail

SELANGOR, 23 Februari- Sime Darby Plantation Berhad (SDP) menyasarkan 100 peratus tenaga kerja tempatan dalam sektor kelapa sawit menjelang tahun 2027.

Ketua Pegawai Sumber Manusia SDP, Zulkifli Zainal Abidin berkata langkah tersebut dijalankan menerusi Projek Lokal dalam membawa masuk pekerja tempatan mahir bagi pengurusan ladang tersebut.

Katanya, pelaksanaanya dilakukan menerusi penggunaan mesin dan jentera alat kawalan jauh dan canggih bagi memudahkan kerja-kerja ladang yang sebelum ini dikenali sebagai 3D (kotor, sukar dan bahaya).

\”Jadi dengan itu kita mengambil satu jalan yang baru, sekiranya kita menggaji pekerja- pekerja tempatan mustahak bagi kita orang kata uruskan konsep 3D, itu kita memperkenalkan \’mechanization\’ jadi maksudnya pekerja-pekerja tempatan tidak lagi perlu bekerja keras maksudnya tidak perlu membawa \’nep sack\’ untuk membaja ataupun membuat aplikasi \’pest control\’ jadi kita perkenalkan \’mechanization\’,\” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Zulkifli, penggunaan mesin berkenaan juga dapat mengurangkan tenaga kerja asing seterusnya menambah baik kadar gaji dalam kalangan pekerja tempatan.

Pihaknya juga akan menambah baik kemudahan lain seperti rumah bagi menarik minat pekerja-pekerja tempatan terutama golongan muda.

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...