Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Sasaran KDNK 4%, Malaysia berada di landasan tepat
Perniagaan

Sasaran KDNK 4%, Malaysia berada di landasan tepat

Sasaran KDNK 4%, Malaysia berada di landasan tepat

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 17 November– Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4% tahun ini dan 4% hingga 5% pada 2024.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata ia berdasarkan indikator positif dipamerkan sembilan bulan pertama tahun ini, disebalik cabaran ekonomi.

\”Faktor utama yang memacu pertumbuhan, pertama ialah prospek pekerjaan dan pendapatan lebih baik. Ia akan membantu mengukuhkan permintaan domestik. Kedua, realisasi dan kemajuan pelbagai projek tahunan.\”

\”Ketiga ialah penambahbaikan dalam kitaran teknologi global yang dijangka mampu mendorong kepada peningkatan aktiviti perdagangan. Keempat pula adalah peningkatan kedatangan pelancong yang akan memacu pertumbuhan dalam sektor pelancongan negara,\” kata Abdul Rasheed kepada pemberita pada pengumuman prestasi ekonomi negara suku ketiga 2023 di ibu negara.

Mengulas prestasi ringgit, jelasnya mata wang tempatan mencatat penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat setakat tahun ini, apabila dolar mengukuh didorong dengan kenaikan kadar faedahnya.

BNM sentiasa memacu penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan penyelesaian untuk meredakan tekanan terhadap ringgit termasuk perjanjian untuk melaksanakan 25% transaksi perdagangan dalam mata wang tempatan bersama China.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...