Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Saham UMW dinyah daripada Bursa Malaysia susulan pengambilalihan Sime Darby
Perniagaan

Saham UMW dinyah daripada Bursa Malaysia susulan pengambilalihan Sime Darby

Saham UMW dinyah daripada Bursa Malaysia susulan pengambilalihan Sime Darby

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd berkuatkuasa 19 Februari ini.

Langkah itu menandakan pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd telah selesai, berdasarkan peruntukan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Saham UMW yang pertama kali disenaraikan pada 1970, digantung sejak 9 Februari lepas, selepas tamat tempoh lima hari dari tarikh tutup lanjutan tawaran pengambilalihan oleh Sime Darby.

CIMB Investment Bank Bhd yang mewakili Sime Darby memaklumkan, sehingga 31 Januari lepas, Sime Darby menguasai 98.86 peratus saham UMW.

Pada tarikh sama, UMW membuat permohonan kepada Bursa Securities untuk menarik semula status penyenaraiannya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...