Home Perniagaan RM18.7 bilion pendapatan agregat 30 saham FBM KLCI
Perniagaan

RM18.7 bilion pendapatan agregat 30 saham FBM KLCI

RM18.7 bilion pendapatan agregat 30 saham FBM KLCI

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 September –Agregat pendapatan 30 konstituen FBM KLCI dilaporkan berjumlah RM18.7 bilion pada suku kedua 2024 dalam persekitaranpertumbuhan positif 7.2 peratus suku ke suku dan 22.6 peratus tahun ke tahun.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) berkata pada asas yang diselaraskan, agregat pendapatan normalisasimasing-masing meningkat sebanyak 5.0 peratus suku ke sukudan 9.5 peratus tahun ke tahunkepada RM18.5 bilion, katanya.

Prestasi pertumbuhan normal suku ke sukuyang positif adalah kebanyakannya disebabkan oleh peningkatanpendapatan dalam kalangan saham utiliti (Tenaga Nasional dan YTL Power), perladangan (KL Kepong dan SD Guthrie), produk dan perkhidmatan perindustrian (Petronas Chemicals dan Press Metal), dan perkhidmatan kewangan (Public Bank).

Sementara itu, prestasi pertumbuhan normalisasitahun ke tahun susulanpeningkatanpendapatan dalam kalangan perkhidmatan kewangan (CIMB, HLFG, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank), produk dan perkhidmatan perindustrian (Press Metal dan Petronas Chemicals), utiliti (Tenaga Nasional), dan perladangan (KL Kepong).

Ia berkata 18 peratus saham di bawahnyamelaporkan pendapatan lebih tinggi daripada jangkaan pada suku tersebut, 23 peratus mencatatkan pendapatan lebih rendah daripada jangkaan manakala60 peratus mencapaijangkaan.

\”Perubahan harga sasaran melibatkan 35 pelarasan menaik dan 16 pelarasan menurun. Tambahan pula, kami membuat 18 perubahan pada cadangan sahamdiberikan dengan lapan peningkatan dan 10 penurunan taraf,\” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Secara keseluruhannya, ia menyifatkan musim keputusan suku kedua 2024 secara umumnya positif seperti yang dibuktikan oleh semakan menaik untuk agregat pendapatan hadapan kedua-dua konstituen FBM KLCI.

“Kami melihat lebih banyak peningkatan kepada pasaran ekuiti tempatan dalam beberapa bulan akan datang, didorong oleh aliran masuk dana asing ke dalam aset ringgit.

\”Ini akan disokong oleh kelemahan relatif dolar US disebabkan oleh jangkaan penurunankadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), prospek pendapatan makro/korporat yang sihat serta penilaian saham yang murah,\” katanya.

MIDF berkata ia mengekalkan sasaran 2024 untuk FBM KLCI, FBM Hijrah dan FBM70 masing-masing pada 1,750 mata, 14,100 mata dan 18,900 mata.

Sementara itu, dalam nota penyelidikan berasingan, RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata keputusan suku kedua2024 adalah kukuh, mengukuhkan lagi jangkaan bahawa pendapatan telah berubah.

“Lebih banyak sektor melebihi jangkaan selain semakan pendapatan positif.Kami melihat berita mengenai pelaburan langsung asing yang positif dengan pasaran berada di puncak kitaran penurunan kadar yang akan menjadi positif untuk ekuiti pasaran baharumuncul daripada jangkaan kelemahan Indeks dolar US (DXY), minat baharu daripada dana portfolio asing dan keadaan mudah tunai domestik yang kukuh,\” katanya. – Bernama

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

KWSP sasar peratusan lebih tinggi untuk simpanan asas

Foto RTMGEORGE TOWN, 26 September – Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) mensasarkan...