Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat Disember 2023
Perniagaan

Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat Disember 2023

Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS3.5 bilion setakat Disember 2023

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat 29 Disember 2023 berbanding AS$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Disember 2023.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” katanya.

Sehingga 29 Dis, BNM berkata daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah AS$100.9 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), lain-lain deposit (RM40.02 bilion), kertas Bank Negara (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...