Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.1b pada 29 September 2023
Perniagaan

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.1b pada 29 September 2023

KUALA LUMPUR, 6 Oktober– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.1 bilion pada 29 September 2023 berbanding AS$112.46 bilion pada akhir Ogos 2023.

Paras rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.0 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

\”Paras rizab turut mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing,\” menurut kenyataan.

(FOTO HIASAN)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...