Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Ringgit tidak berubah berbanding Dolar AS
Perniagaan

Ringgit tidak berubah berbanding Dolar AS

Ringgit tidak berubah berbanding Dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Januari– Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini selepas unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat yang lebih rendah daripada jangkaan dikeluarkan hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini berkata ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada 3.4 peratus pada suku keempat 2023 berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar US 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran KDNK suku keempat 2023 adalah jauh di bawah jangkaan konsensus sebanyak 4.1 peratus.

Beliau berkata eksport pada Disember 2023 juga mengecewakan, merosot 10 peratus iaitu lebih daripada unjuran konsensus penguncupan lima peratus.

\”Melangkah ke hadapan, sentimen harus berkisar pada masa untuk pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS),\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan tinggi berbanding euro pada 5.1324/1379 daripada 5.1339/1394 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1871/1907 daripada 3.1903/1939.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.9822/9886 daripada 5.9782/9845 sebelumnya.

Pada masa sama, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia merosot berbanding baht Thai kepada 13.2733/2941 daripada 13.2475/2675 ketika ditutup pada Khamis dan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.5176/5216 daripada 3.5098/5141.

Ringgit berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 301.8/302.3 bagaimanapun melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.45/8.46 semalam.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...