Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit teruskan aliran mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Perniagaan

Ringgit teruskan aliran mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit teruskan aliran mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Khamis, didorong oleh sentimen positif dan jangkaan pengurangan kadar faedah di peringkat global pada tahun depan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6530/6575 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aset bebas risiko seperti hasil kertas Perbendaharaan AS menyaksikan aliran penurunan yang membayangkan bahawa naratif penurunan kadar faedah pada 2024 juga ketara dalam pasaran pendapatan tetap.

\”Ini sewajarnya akan memberi sokongan terhadap ringgit yang dijangka bergerak dalam julat RM4.65 dalam masa terdekat.

“Pergerakan ringgit telah melepasi paras RM4.6611 dengan paras sokongan seterusnya pada RM4.5778,\” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8828/8885 daripada 5.9027/9090 pada akhir urus niaga Rabu, meningkat berbanding euro kepada 5.0941/0990 daripada 5.1043/1098 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2452/2488 daripada 3.2465/2502, sebelum ini.

Selain itu, ringgit turut mencatat prestasi sama apabila diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4959/4998 daripada 3.5027/5968 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2905/3098 daripada 13.3392/3596, sebelum ini.

Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.9/300.3 daripada 300.1/300.5 semalam dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.35/8.36. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...