Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit terus catat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut
Perniagaan

Ringgit terus catat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut

Ringgit terus catat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 November – Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut dan melonjak daripada paras terendah dalam tempoh 25 tahun berbanding dolar AS berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang rendah mendorong harapan bahawa pengurangan kadar faedah AS akan dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Mata wang tempatan telah merosot pada paras terendah dalam tempoh 25 tahun dalam beberapa minggu ini.

NFP, mengukur jumlah pekerjaan yang diwujudkan di AS, meningkat pada kadar yang perlahan kepada 150,000 pada Oktober manakala kadar pengangguran naik sehingga 3.9 peratus selepas kekal pada 3.8 peratus pada dua suku tahun yang lepas, menjejaskan sentimen untuk dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.6340/6400 berbanding dolar AS daripada 4.7265/7320 pada Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatatkan kenaikan sebanyak 2.28 peratus pada asas bulan sehingga kini, mata wang kedua mencatatkan prestasi terbaik selepas won Korea Selatan.

“USD-MYR kini berada pada RM4.6570, yang telah melepasi paras sokongan serta-merta pada RM4.6611,” katanya kepada Bernama.

Melangkah ke hadapan, Afzanizam berkata beliau percaya skop untuk kenaikan seterusnya akan bergantung kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang akan datang yang dijadualkan pada pertengahan Disember.

“Walaupun Kadar Dana Fed dijangka kekal tidak berubah, unjuran suku tahunan terkini akan diteliti oleh pasaran.

“Unjuran September menunjukkan Rizab Persekutuan AS dijangka mengurangkan kadar sebanyak 25 hingga 50 mata asas pada tahun depan,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0959/1002 daripada 3.1445/1484 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 4.9806/9871 daripada 5.0318/0377 dan naik berbanding pound kepada 5.7462/7536 daripada 5.7734/7801.

Ringgit turut lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4341/4388 daripada 3.4713/4756 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.7 daripada 300.5/300.9 pada Jumaat lepas.

Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.0521/0741 daripada 13.2332/2553 sebelum ini dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.29/8.30 daripada 8.42/8.44 pada Jumaat lepas.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...