Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit susut selepas minit mesyuarat FOMC sokong kadar faedah turun akhir 2024
Perniagaan

Ringgit susut selepas minit mesyuarat FOMC sokong kadar faedah turun akhir 2024

Ringgit susut selepas minit mesyuarat FOMC sokong kadar faedah turun akhir 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Khamisselepas harapan melihat pengurangan kadar faedah di negara maju itu pada Macsuram apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) tidak memberi isyarat jelas berkaitan langkah itu.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit susut ke paras4.6400/6445 berbanding dolar AS daripada4.6300/6355, semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat FOMC menunjukkan bahawa tempoh terbaik bagi menurunkan kadar faedah AS adalah pada akhir 2024 berdasarkan unjuran terkini inflasi.

“Ini hanya memberi sokongan kepada naratif kadar faedah yang lebih lama,” katanya kepada Livevartha.

Berikutan itu, beliau berkata ringgit berbanding dolar AS berkemungkinan kekal suram dalam tempoh terdekat dan bergerak dalam julat4.63 hingga 4.65.

“Malam ini, laporan penggajian oleh firma ADP akan menjadi tumpuan ketika pasaran mencari petunjuk bagi pengukuhan pasaran tenaga kerja AS.

“Ramai pihak mengunjurkan sebanyak 125,000 pekerjaan diwujudkan dalam sektor swasta pada Disember berbanding 103,000 dalam bulan sebelumnya,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata berkata data-data baharu ini akan menentukan sentimen pasaran dalam persekitaran berkaitan Kadar Faedah Persekutuan di negara maju berkenaan.

Malah, katanya, sebarang pengukuhan itu akan hanya cenderung untuk melonjakkan lagi nilai dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada5.8780/8837 daripada 5.8463/8532 pada Rabu,turun berbanding euro kepada 5.0678/0727 daripada 5.0634/0694 namun meningkat berbandingyen Jepun kepada 3.2389/2422 daripada 3.2462/2502 semalam.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.4919/4955 daripada 3.4885/4932 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.1 daripada 299.0/299.5.

Ringgitbagaimanapun mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.33/8.34 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand pada 13.4559/4772 daripada 13.4824/5063.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...