Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit susut pada sesi awal, minit mesyuarat FOMC jadi tumpuan
Perniagaan

Ringgit susut pada sesi awal, minit mesyuarat FOMC jadi tumpuan

KUALA LUMPUR, 3 Januari– Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu ketika pelabur menunggu petunjuk lebih jelas mengenai prospek kadar faedah di negara maju itu.

Pada9 pagi, ringgit turun ke paras 4.6205/6250 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080, sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran memberi tumpuan terhadap minitmesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutan AS (FOMC) yang akan diumumkan esok bagi mendapatkan lebih banyak gambaran lebih jelas mengenai pengurangan kadar faedah di negara maju itu pada tahun ini.

“Oleh kerana ringgit sudah pun dalam keadaan terlebih belipada masa ini, kami menjangkakan beberapa pembetulan teknikal akan berlaku,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 102 mata walaupun Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) AS lemah dan mencatat47.9 mata pada Disember berbanding anggaran ramai pada 48.2 mata.

Sementara itu, ringgitdiniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali bagi yen Jepun yang menyaksikannya turun kepada 3.2550/2584 daripada 3.2317/2552 pada Selasa.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8362/8418 daripada 5.8524/8582 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0590/0639 daripada 5.0685/0734.

Dalam pada itu, ringgitdiniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4840/4877 daripada 3.4793/4830 pada akhir urus niaga Selasa dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.4913/5111 daripada 13.4838/5033.

Ringgit bagaimanapunmeningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 298.6/299.1 daripada 297.5/298.0 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.27/8.28. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...