Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko
Perniagaan

Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko

Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko

Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu berikutan suasana enggan ambil risiko berlaku menjelang Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS, pengukur inflasi pilihan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Jumaat / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu berikutan suasana enggan ambil risiko berlaku menjelang Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS, pengukur inflasi pilihan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Jumaat.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa peserta pasaran mungkin kekal berhati-hati sementara menunggu data Februari, dengan ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.72 hari ini.

Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna terkini oleh Conference Board di AS berada pada 104.7 mata pada Mac, rendah sedikit daripada 104.8 mata yang dicatatkan pada Februari dan juga lebih rendah berbanding anggaran konsensus pada 106.9 mata.

Perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna mengenai paras harga yang tinggi kerana mereka menyaksikan kenaikan harga makanan dan gas.

Di peringkat tempatan, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.1193/1248 daripada 5.1225/1257 ketika ditutup pada Selasa serta naik berbanding pound British kepada 5.9659/9723 daripada 5.9733/9771.

Walau bagaimanapun unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 3.1197/1232 daripada 3.1194/1216 semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9984/13.0164 daripada 13.0021/0151 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.3/299.7 daripada 298.7/299.1.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5124/5164 daripada 3.5112/5137 semalam serta lemah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.38/8.38.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...