Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua berturut-turut
Perniagaan

Ringgit rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua berturut-turut

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Rabu, berikutan kekurangan permintaan memandangkan Indeks Dolar AS (DXY) terus mengukuh.

Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.6665/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 ketika ditutup pada Selasa.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit lebih lemah hari ini berikutan aliran dolar AS yang lebih luas, dengan DXY pulih melebihi paras penting 104.00.

“Walaupun pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun depan dijangkakan ramai dan boleh mempengaruhi dolar AS namun, pasaran mula menganggap pengurangan 125 mata asas adalah keterlaluan.

“Jadi, pelabur dijangka kurang untuk menjual dolar sehingga data mengesahkan tindakan lancar Fed yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata beberapa minggu akan datang dijangka memberi kejelasan mengenai laluan dasar makro dan Fed.

“Peristiwa penting termasuk data pengangguran AS, senarai gaji bukan ladang, Indeks Harga Pengguna AS, mesyuarat Bank of England serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed, dengan jawatankuasa itu akan menyemak Ringkasan Unjuran Ekonomi, termasuk plot titik kadar Dana Fed bagi 2024 hingga 2026,” katanya.

Sementara itu, Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data daripada Indeks Pengurus Pembelian (IPP) bukan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS adalah lebih tinggi berbanding jangkaan (52.7 berbanding unjuran pada 52) mendorong kenaikan dolar AS.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding euro kepada 5.0356/0394 daripada 5.0483/0537 semasa ditutup pada Selasa serta tinggi berbanding pound kepada 5.8793/8837 daripada 5.8873/8936.

Ringgit kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1672/1700 daripada 3.1692/1729 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Mata wang domestik susut berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.45 daripada 8.42/8.44 pada Selasa dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2714/2908 daripada 13.2040/2241.

Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.5 daripada 300.5/301.0 namun, unit domestk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4801/4830 daripada 3.4820/4860 semalam. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...