Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit rendah berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit rendah berbanding dolar AS

Ringgit rendah berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan naratif kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dijangka berlarutan.

Pada pukul 6.00 petang, ringgit susut kepada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit lemah berbanding dolar AS hari ini apabila pasaran tenaga kerja AS menunjukkan tanda-tanda kekukuhan, menandakan naratif lebih tinggi dan lebih panjang bagi kadar faedah mungkin berterusan.

“Perkara ini ditambah apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS dijangka mengurangkan kadar sehingga akhir 2024,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8891/8961 daripada 5.8964/9015 ketika ditutup pada Khamis, serta lebih kukuh berbanding euro kepada 5.0763/0823 daripada 5.0829/0873.

Ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2038/2078 daripada 3.2185/2215 semalam.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4944/4988 daripada 3.4903/4936 semasa ditutup semalam, dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.35/8.36.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 daripada 299.0/299.4 manakala naik berbanding baht Thailand kepada 13.4001/4236 daripada 13.4500/4687. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...