Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi September yang lebih tinggi iaitu pada 2.4 peratus berbanding jangkaan menunjukkan kadar inflasi kekal lekit.

Inflasi lekit merupakan satu fenomena apabila harga tidak menyesuai secara cepat dengan perubahan penawaran dan permintaan, sekali gus menyebabkan inflasi berterusan.

Beliau berkata namun begitu, peningkatan tuntutan pengangguran awal kepada paras tertinggi tahun ini iaitu 258,000 pada minggu lepas menunjukkan tanda-tanda pasaran buruh yang semakin lemah.

“Data yang bercampur-campur di AS telah menyebabkan dolar menjadi lebih lemah, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.18 peratus kepada 102.806 mata,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pada penutupan dagangan, ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.6886/6935 daripada 4.6918/6951 semalam, dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8780/8812 daripada 2.8820/8842.

Mata wang domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.6016/6075 daripada 5.6122/6161 ketika ditutup pada Khamis.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8504/8704 daripada 12.7724/7866 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2824/2861 daripada 3.2811/2836.

Ringgit juga susut berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.50 daripada 7.48/7.50 semalam, dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 275.1/275.5 daripada 273.6/274.0.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...