Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar

Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar

Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar dalam tempoh enam bulan lalu dan muncul mata wang utama Asia berprestasi terbaik dalam dagangan awal hari ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar dalam tempoh enam bulan lalu dan muncul mata wang utama Asia berprestasi terbaik dalam dagangan awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education (CME), Dr. Carmelo Ferlito berkata momentum positif itu didorong terutamanya jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan pembaharuan dasar-dasarnegara.

\”Pengukuhan ringgit dalam momentum terkini didorong oleh agenda pembaharuan, inisiatif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berita positif berdasarkan data inflasi AS. Ini faktor-faktor yang memainkan peranan.

\”Justeru, penting untuk terus mempercepatkan lagi agenda mesra perniagaan dan dasar pasaran terbuka untuk terus mempamerkan pengukuhan ekonomi Malaysia kepada negara luar,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Carmelo, momentum kukuh ringgit dijangka berterusan, sekiranya faktor-faktor yang menyumbang ini terus menyokong prestasi unit tempatan.

Dalam awal dagangan awal pagi tadi, ringgit meningkat kepada 4.669 berbanding dolar.

Unit tempatan itu kembali stabil berbanding dolar dan didagangkan dalam julat 4.68-4.72 sejak pertengahan Mei lalu, setelah mencecah paras terendahnya tahun ini pada 4.80, 20 Februari lalu.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Berhad dalam nota penyelidikannya mengunjurkan paras ringgit pada 4.60 berbanding dolar, menjelang akhir tahun ini.

Untuk jangka panjang, pembaharuan dan penstrukturan ekonomi, serta dasar pertumbuhan ekonomi strategik adalah penting kepada prospek ringgit.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...