Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Perniagaan

Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini manakala permintaan yang stabil terus memberikan sokongan untuk mata wang AS / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini manakala permintaan yang stabil terus memberikan sokongan untuk mata wang AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS masih bertahan, menunjukkan permintaan yang berdaya tahan terhadap mata wang AS dalam persekitaran jangkaaan bahawa penurunan kadar faedah akan berlaku.

Awal hari ini, keterangan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell kepada Kongres AS mencadangkan bahawa Rizab Persekutan (Fed) AS berada di landasan yang betul untuk menurunkan kadar faedah sekiranya data ekonomi memerlukan tindak balas sedemikian.

\”Menurunkan kadar faedah terlalu awal dan terlalu lewat mungkin berisiko menyebabkan kelembapan ekonomi, Jerome Powell mengakui inflasi bukan satu-satunya risiko yang sedang dihadapi oleh Fed AS,\” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keputusan mereka mengenai Kadar Dasar semalaman (OPR) yang akan berakhir pada Khamis.

\”Kami yakin BNM akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 3.00 peratus. Sekiranya Fed AS mula menurunkan kadar faedah pada September, ia akan mengecilkan jurang antara Kadar Dana Fed AS dan OPR.

\”Ini sepatutnya memberi impak positif kepada ringgit menjelang akhir tahun ini,\” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9140/9179 daripada 2.9219/9252 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0158/0235 daripada 6.0273/0337 dan melonjak berbanding euro kepada 5.0870/0935 daripada 5.0923/0977.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4829/4876 daripada 3.4848/4887 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9187/9402 daripada 12.9268/9456 sebelumnya.

Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.4/290.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 berbanding 8.05/8.06 sebelumnya.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...