Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit mengukuh kepada RM4.70 berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit mengukuh kepada RM4.70 berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh kepada RM4.70 berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu disebabkan data ekonomi yang lemah daripada AS.

Pada 9.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.7000/7060 berbanding dolar AS daripada 4.7020/7070 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata anggaran kedua untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 AS lebih rendah pada kadar tahunan suku ke suku pada 1.3 peratus daripada anggaran pertama sebanyak 1.6 peratus.

Enjin pertumbuhan utama, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), turut turun kepada 2.0 peratus daripada anggaran pertama sebanyak 2.5 peratus.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot di bawah 105 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 2 tahun dan 10 tahun, masing-masing merosot sebanyak lima dan tujuh mata asas kepada 4.92 peratus dan 4.55 peratus, menyebabkan permintaan yang rendah terhadap dolar AS.

“Data KDNK yang terkini dilihat mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu menurunkan kadar faedah pada tahun ini untuk mengekalkan KDNK dalam pertumbuhan jangka panjang sebanyak 1.8 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.0906/0971 daripada 5.0838/0892 pada Khamis, susut berbanding pound kepada 5.9826/9903 daripada 5.9767/9831 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9974/3.0015 daripada 2.9959/9992 semalam.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8125/8334 daripada 12.7727/7908 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4812/4859 daripada 3.4791/4833.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.9/289.4 daripada 289.0/289.4 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.02/8.03 sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...