Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit mengukuh berbanding dolar pada sesi awal
Perniagaan

Ringgit mengukuh berbanding dolar pada sesi awal

Ringgit mengukuh berbanding dolar pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Khamis dan kebanyakannya meningkat berbanding mata wang utama lain.

Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.6670/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 yang dicatat semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan terus mengukuh berikutan jangkaan dasar monetari Malaysia kekal bagi tempoh berbaki tahun ini.

Beliau berkata tindakan terkini Bank of Canada menurunkan 25 mata asas semalam, membuktikan momentum pelonggaran dasar monetari semakin ketara di negara-negara maju apabila bank-bank pusat beralih kepada usaha bagi memastikan pertumbuhan yang berterusan.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan AS jatuh kepada 49.5 mata pada Julai 2024 manakala kertas Perbendaharaan dua tahun AS mencatat hasil enam mata asas lebih rendah kepada 4.43 peratus, sekali gus membayangkan keperluan Rizab Persekutuan AS untuk melonggarkan dasar monetarinya bagi menyokong pertumbuhan,\” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau berkata Bank Muamalat juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus berhati-hati terhadap inflasi berikutan tingkah laku penetapan harga dalam kalangan firma dan jangkaan inflasi boleh mencetuskan kecenderungan peningkatan inflasi, katanya.

\”Ini bermakna BNM perlu mengekalkan pendirian dasar monetari semasa yang dapat menyokong ringgit,\” kata Mohd Afzanizam.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun pada 3.0327/0371 daripada 3.0173/0196 pada akhir urus niaga semalam namun naik berbanding pound Britain kepada 6.0181/0265 daripada 6.0291/0330 selain meningkat berbanding euro kepada 5.0576/0647 daripada 5.0633/0665, semalam.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Unit tempatan itu mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4722/4776 daripada 3.4727/4752 namun rendah berbanding baht Thailand pada 12.9144/9392 daripada 12.9133/9266, semalam.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit kekal pada paras 287.7/288.3 daripada 287.9/288.3 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 7.98/8.00 daripada 7.99/8.00.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...