Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini
Perniagaan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 31 Oktober-Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS selama dua hari bermula hari ini dengan bank pusat Amerika itu dijangka menyokong kadar faedah.

Selain itu, keputusan dasar monetari Bank of Japan (BOJ) juga akan menjadi tumpuan hari ini.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada paras 4.7515/7580 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7600/7645.

Ketua Ekonomidan Kewangan SosialBank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut menjangkakan Rizab Persekutuan mengekalkan kadar dananya pada 5.50 peratus.

“Ringgit naik 0.32 peratus berbanding dolar AS semalam walaupun di tengah-tengah pelbagai mesyuarat dasar monetari global yang berlaku minggu ini dan Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.4 peratus untuk mencapai 106.138 mata.

“Hari ini, peserta pasaran kewangan juga akan memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari Bank of Japan (BOJ) dengan jangkaan bank pusat berkenaan mungkin membuat perubahan pada kawalan keluk hasilnya, yang berpotensi membawa kepada peningkatan hasil lebih daripada satu peratus,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1804/1850 daripada 3.1810/1842 pada penutup pada Isnin.

Namun begitu, mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 5.0404/0473 daripada 5.0375/0423 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7759/7838 daripada 5.7734/7789 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan tinggi.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4812/4862 daripada 3.4841/4877, tinggi berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 daripada 8.37/8.38 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 298.9/299.5 daripada 299.5/299.9.

Nilai ringgit juga tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2243/2479 daripada 13.2351/2531 pada penutupan semalam.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...