Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Perniagaan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, di tengah-tengah jangkaan penurunan kadar faedah di peringkat global yang dilihat menjejaskan sentimen terhadap mata wang negara maju berkenaan.

Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell membayangkan sebarang penurunan kadar faedah adalah dijangkakan dan tidak semestinya perlu menunggu sehingga inflasi jatuh ke paras melebihi 2.0 peratus.

\”Ini menunjukkan seolah-olah dalam mod mengambil risiko berikutan Fed AS berada di landasan betul untuk mengurangkan Kadar Dana Fed (FFR) pada September,\” katanya kepada Bernama.

Di peringkat domestik, beliau berkata pelabur akan turut mengikuti rapat mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membabitkan keputusan mengenai kadar dasar semalaman (OPR) yang dijangka kekal pada 3.0 peratus.

\”Kami percaya BNM akan terus mengekalkan pendirian terhadap inflasi, memandangkan risiko kenaikan itu amat ketara berikutan kemungkinan perubahan subsidi bahan api pada masa depan.

\”Prospek perbezaan kadar faedah yang lebih rendah antara FFR dan OPR akan turut menjadi pendorong ringgit untuk kukuh dalam tempoh terdekat,\” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9024/9069 daripada 2.9075/9092 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0816/0892 daripada 5.0828/0855, namun susut kepada 6.0285/0375 daripada 6.0174/0206 berbanding pound Britain.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya meningkat berbanding mata wang ASEAN lain.

Ini termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4779/4834 daripada 3.4817/4838 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.7/289.3 daripada 289.2/289.6.

Bagaimanapun, unit tempatan itu rendah kepada 12.9233/9465 berbanding baht Thailand daripada 12.9062/9184 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.05/8.07. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...