Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Januari– Ringgit melantun apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam senario pasaran yang tidak menentu berikutan hala tuju berkaitan penurunan kadar faedah utama, kata ahli ekonomi.

Pada 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7130/7180 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7145/7200 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan seakan wujud situasi ‘tarik tali’ antara pasaran dan pihak Fed membabitkan tempoh penurunan kadar faedah utama negara maju itu.

\”Tahap kemungkinan untuk Kadar Dana Fed dikurangkan pada Mac ini berdasarkan pasaran derivatif, kini susut57.2 peratus daripada 73.6 peratus seminggu lalu.

\”Apa yangpasti, wujud peningkatan ketara untukkadar itu menjurus kepada harga aset lebih tinggi,\” katanya kepada Livevartha.

Dari sudut teknikal, Mohd Afzanizam berkata dolar AS berbanding ringgit juga lebih hampir dengan kedudukan mata wang itu telah dijual secara berlebihan.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro yang susut kepada 5.1343/1398 daripada 5.1284/1344 pada akhir sesi urus niaga semalam.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9770/9834 daripada 5.9799/9868 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1885 daripada 3.1919/1959, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga menyaksikan prestasi yang kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean seperti meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2790/3003 daripada 13.2795/3010dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 301.3/301.8.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5083/5122 daripada 3.5081/5127 semalam dan tidak berubah berbanding dolar peso Filipina pada 8.43/8.45. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...