Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar dalam dagangan awal
Perniagaan

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar dalam dagangan awal

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan data ekonomi yang terkini dari Amerika Syarikat (AS) memberikan sokongan kepada mata wangnya, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.7070/7130 berbanding dolar AS daripada 4.7065/7110 pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti Awal Muharam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS dijangka mendapat sokongan yang baik pada hari ini berdasarkan data senarai gaji bukan ladang (NFP), yang lebih baik daripada jangkaan pada Jun.

Beliau berpendapat ini akan menyebabkan peserta pasaran memberi tumpuan kepada apa yang akan dikatakan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell dalam ucapannya kepada Kongres AS pada minggu ini.

“Pengerusi Fed dijangka mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat berikutan NFP yang lebih tinggi daripada jangkaan pada Jun,” katanya kepada Bernama, sambil menambah ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9154/9293 daripada 2.9286/9315 pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, ia dibuka rendah kepada 6.0283/0359 berbanding pound daripada 6.0182/0240 minggu lepas dan merosot berbanding euro kepada 5.0958/1023 daripada 5.0953/1001 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4869/4916 daripada 3.4876/4912 pada Jumaat lepas, bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.4/290.0 daripada 289.1/289.5 dan berkurangan kepada 12.9061/9268 berbanding baht Thailand daripada 12.8646/8818 sebelum ini.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.04/8.05.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...