Home Perniagaan Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS

Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 3 September – MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan ringgit mempunyai peluang untuk terus meningkat berbanding dolar AS dan mengakhiri 2024 pada RM4.23 berbanding RM4.59 akhir tahun lepas.

Menurutnya pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024 di sebalik potensi cabaran seperti pertumbuhan lemah di China dan risiko kemelesetan di AS atau peningkatan ketegangan geopolitik yang menjejaskan pemulihan perdagangan luar Malaysia.

“Bagaimanapun, jika dolar AS terus kukuh, terutama sekiranya Fed menangguhkan penurunan kadar berikutan daya tahan ekonomi AS yang berterusan dan kebimbangan pencepatan semula prospek inflasi, ia masih boleh mengehadkan peningkatan ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

MIDF Amanah berkata permintaan terhadap ringgit terus menokok dan kenaikan yang diraih mata wang tempatan itu kekal sehingga Ogos 2024 dengan ringgit terus melonjak 6.2 peratus bulan ke bulan pada Ogos 2024.

Keadaan ini telah mendorong peningkatan ringgit berbanding dolar AS setakat ini pada tahun ini kepada 6.3 peratus, dengan penutupan pada RM4.321 setakat akhir Ogos 2024 adalah paras terkukuh yang kali terakhir diraih pada Februari 2023, katanya.

Selain pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, MIDF Amanah mengunjurkan ringgit terus meningkat berbanding mata wang lain dalam Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan MIDF berikutan prospek positif ekonomi Malaysia, peningkatan ekonomi domestik yang berterusan dan perdagangan luar yang terus mencatat pemulihan.

MIDF Amanah berkata, malah lebih banyak aliran masuk ke Malaysia memandangkan pelabur tertarik dengan pengukuhan ringgit dan asas ekonomi yang positif, termasuk tekanan inflasi rendah. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...