Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup tinggi RM4.71 berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit ditutup tinggi RM4.71 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Ringgit meneruskan aliran meningkatnya dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan hasil bon AS yang lebih stabil, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.7115/7155 berbanding dolar AS 4.7255/7300 ketika ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata defisit perdagangan AS menguncup 9.9 peratus kepada US$53.8 bilion, terendah sejak September 2020, menurut Jabatan Perdagangan pada Khamis. Data bagi Julai yang disemak menunjukkan jurang perdagangan meningkat kepada US$64.7 bilion berbanding US$65 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata pertumbuhan pekerjaan AS berkemungkinan perlahan secara sederhana pada September manakala kadar pekerjaan mungkin berkurangan daripada paras tertinggi 0.5-1.0 bulan, memperlihatkan asas ekonomi yang kukuh di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.1612/1641 daripada 3.1719/1751 ketika ditutup pada Khamis, menyusut berbanding euro kepada 4.9720/9763 daripada 4.9651/9698 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7283/7337.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7200/7367 daripada 12.7927/8115 pada Khamis dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/302.1 daripada 302.4/303.0 sebelumnya.

Ia lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.32/8.33 berbanding 8.33/8.35 ketika ditutup pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4493 daripada 3.4442/4478 sebelumnya. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...