Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup tinggi, berikutan permintaan yang bertambah baik
Perniagaan

Ringgit ditutup tinggi, berikutan permintaan yang bertambah baik

Ringgit ditutup tinggi, berikutan permintaan yang bertambah baik

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Mac-Ringgit mengakhiri dagangan hari ini untukditutup lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan permintaan domestik yang bertambah baik selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan melonjak semula di tengah-tengah dolar AS yang lebih kukuh menjelang pengumuman data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa indeks harga PCE AS untuk Februari akan dipantau dengan teliti apabila Biro Analisis Ekonomi AS mengeluarkan laporan itu malam ini.

Padapukul 6.00 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.

Pada Januari, indeks harga PCE menyederhana kepada 2.4 peratus tahun ke tahun daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya manakala anggaran konsensus menunjukkan bahawa kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan2.5 peratus pada Februari.

Rizab Persekutuan AS semasa mesyuaratnya bulan lepas mengekalkan unjuran PCE pada 2.4 peratus untuk 2024.

“Ringgit telah berlegar di antara RM4.7242 dan RM4.7390 berbanding dolar AS hari ini kerana aset berisiko seperti ekuiti mendapat momentum dan dijangka ditutup pada paras yang baik untuk suku pertama tahun ini,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0907/0977 daripada 5.1233/1287 pada penutup Rabu dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9548/9630 daripada 5.9742/9805 sebelumnya.

Nota tempatan itu juga lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1194/1241 daripada 3.1261/1298 pada Rabu.

Ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang di negara Asean.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9712/12.9983 daripada 12.9925/13.0130 pada semalamdan juga lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 297.7/298.2 berbanding 298.3/298.8 sebelumnya.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4987/5040 daripada 3.5112/5151 pada penutup semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.43.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...