Home Perniagaan Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Julai– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penggiat pasaran menunggu data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan malam ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7065/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Rashid berkata data AS yang lebih lemah menunjukkan Rizab Persekutuan mungkin berhasrat memulakan kitaran pelonggaran monetarinya seawal September.

\”Langkah ini bagi memastikan trajektori pertumbuhan akan kekal stabil,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9286/9315 daripada 2.9195/9209 semasa ditutup pada Khamis, rendah berbanding euro kepada 5.0953/1001 daripada 5.0837/0859 semalam dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 6.0182/0240 daripada 6.0022/0048 memandangkan Parti Buruh akan membentuk kerajaan United Kingdom yang seterusnya berikutan keputusan pilihan raya terkini.

Menurut laporan, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif.

Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang Asean.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.2/288.5 semasa ditutup pada Khamis, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4876/4912 daripada 3.4830/4848 semalam, lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8646/8818 daripada 12.8483/8590 sebelumnya, dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04.

Pasaran akan ditutup pada Isnin, 8 Julai 2024, bersempena dengan cuti ganti Awal Muharam dan menyambung dagangan pada Selasa. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...