Home Perniagaan Ringgit ditutup rendah berbanding dolar susulan ketegangan di Timur Tengah
Perniagaan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar susulan ketegangan di Timur Tengah

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Ringgit meneruskan penyusutannya apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan unit negara maju itu terus mengukuh di tengah-tengah kebimbangan geopolitk di Timur Tengah, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.7340/7380 berbanding dolar AS daripada 4.7260/7305 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketegangan yang berlarutan di Timur Tengah terus menjejaskan sentimen pasaran, yang memberikan sokongan kepada dolar AS.

Selain itu, beliau berkata harga minyak mentah turun naik, namun kekal melebihi US$90 setong berikutan keadaan di Gaza yang dijangka lebih membimbangkan.

“Ini telah menyebabkan kerisauan kepada harga minyak mentah dalam masa terdekat ini dan bagaimana bank pusat utama akan memberikan reaksi terhadap potensi tekanan inflasi sedemikian,” katanya kepada Bernama.

Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 0.09 peratus kepada US$90.81 setong.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7615/7670 sewaktu ditutup pada Jumaat, namun merosot berbanding euro kepada 4.9858/9901 daripada 4.9760/9807 dan berkurangan berbanding yen kepada 3.1668/1697 daripada 3.1582/1615 pada Jumaat lepas.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lemah berbanding mata wang Asean lain.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4560/4592 daripada 3.4522/4559 sewaktu ditutup pada Jumaat dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0392/0549 daripada 12.9810/9995 sebelum ini.

Unit tempatan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.33/8.34 berbanding 8.32/8.33 pada Jumaat lepas, namun menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.5 daripada 301.3/301.7 sebelum ini.-Livevartha


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...