Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS, seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah Amerika Syarikat.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah turun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7160/7210 pada Jumaat.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran pertukaran mata wang asing global diniagakan dalam keadaan berhati-hati menjelang penerbitan data penting ekonomi AS, yang mungkin mempengaruhi prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat pada Mac.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyatakan bahawa kadar inflasi keseluruhan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, meningkat sebanyak 2.5 peratus pada 2023, lebih rendah daripada 3.3 peratus yang dicatatkan pada 2022.

“Sehubungan itu, kami berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil memandangkan kadar faedah sebenar pada masa ini berada pada 1.5 peratus pada Disember, ” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Selain menunggu kenyataan pendirian dasar monetari pertama BNM pada 24 Jan, pasaran turut menunggu keputusan dasar monetari Bank of Japan yang dijangkakan pada awal pagi Selasa dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah pada Rabu.

Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1516/1576 daripada 5.1324/1379 dan turun berbanding pound Britain kepada 6.0065/0134 daripada 5.9822/9886. Ringgit turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1918/1957 daripada 3.1871/1907 ketika ditutup pada Jumaat.

Pada masa sama, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5252/5298 daripada 3.5176/5216 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.8 daripada 301.9/302.4 ketika ditutup minggu lepas.

Ringgit juga merosot berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.43/8.44 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2493/2706 daripada 13.2733/2941 sebelum itu.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...