Monday , 18 November 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup hampir tidak berubah namun kekal di paras tinggi berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit ditutup hampir tidak berubah namun kekal di paras tinggi berbanding dolar

Ringgit ditutup hampir tidak berubah namun kekal di paras tinggi berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Ringgit ditutup hampir tidak berubah namun berada di paras tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dalam keadaan sentimen berhati-hati selepas kenaikan berturut-turut minggu lepas, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6805/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6815/6855 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan meningkat pada sesi petang kepada setinggi 4.6775 bagi setiap dolar AS sebelum kenaikannya dikurangkan menjelang akhir dagangan.

Beliau berkata tumpuan akan terarah kepada data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan esok memandangkan pelabur mencari lagi petunjuk yang Rizab Persekutuan AS (Fed) berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah pada Jun.

“IHP keseluruhan dan teras AS masing-masing dijangka meningkat kepada 3.1 peratus dan 3.7 peratus pada Februari. Sekiranya data itu lebih rendah daripada jangkaan pasaran, ini mungkin membawa kepada peningkatan lagi ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 6.0107/0139 daripada 6.0050/0101 ketika ditutup pada Jumaat lepas, dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1923/1942 daripada 3.1821/1850.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding euro kepada 5.1181/1209 daripada 5.1188/1231 sebelumnya.

Mata wang domestik juga didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5197/5218 daripada 3.5160/5192 pada Jumaat lepas, dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.2229/2363 daripada 13.2134/2321.

Unit tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.42/8.44 minggu lepas namun meningkat berbanding rupiah Indonesia ke[ada 300.1/300.5 daripada 300.2/300.6.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...