Saturday , 28 December 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan
Perniagaan

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Ringgit dijangka diniagakan lebih rendah dalam julat menghampiri 4.71 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minggu depan akan turut menyaksikan kalangan peserta pasaran memberi perhatian kepada pengumuman data angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 bagi AS.

“KDNK itu dianggarkan 1.6 peratus pada April manakala anggaran kedua lebih rendah iaitu 1.3 peratus pada Mei.

“Jika data itu lebih rendah, ini akan mencetuskan spekulasi mengenai unjuran penurunan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS pada September,\” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata terdapat beberapa siri kenyataan atau ulasan oleh pihak Fed pada minggu depan.

“Sehubungan itu, kita akan terus mendengar kenyataan sama yang mana mereka mahu mengekalkan kadar itu sehingga yakin kadar inflasi akan menjadi lebih rendah,\” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7110/7145 berbanding dolar AS daripada 4.7190/7225, seminggu lepas.

Selain itu, ringgit juga diniagakan meningkat berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk naik berbanding pound Britain kepada 5.9594/9638 daripada 5.9955/9999 pada Jumaat sebelumnya, meningkat berbanding euro kepada 5.0394/0431 daripada 5.0418/0455 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9648/9671 daripada 3.0046/0072.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean seperti meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.02 daripada 8.04/8.05 seminggu sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 286.3/286.7 daripada 287.5/287.8 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4785/4814 daripada 3.4857/4886 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan itu susut berbanding baht Thailand pada 12.8495/8639 daripada 12.8328/8475 pada Jumaat minggu lepas. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...