Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka naik berbanding Dolar AS minggu depan
Perniagaan

Ringgit dijangka naik berbanding Dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka naik berbanding Dolar AS minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mac– Ringgit dijangka naik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh sentimen yang bertambah baik dalam persekitaran domestik menggalakkan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata mata wang tempatan itu berkemungkinan meningkat antara 4.67 dan 4.69 berbanding dolar AS minggu depan berikutan kenaikan ketara pada minggu sebelumnya.

“Sentimen terhadap ringgit dijangka bertambah baik, manakala pendapat Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai terkurang nilai (undervalued) juga membantu memberi kesan positif kepada pergerakan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar faedah semasanya sepanjang tahun 2024 yang mungkin penting untuk ringgit.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengumumkan keputusannya untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya pada Khamis.

“Dengan mengandaikan kadar faedah kekal sama, jangkaan perbezaan kadar faedah yang mengecil antara AS dan Malaysia sepatutnya membawa kepada dagangan ringgit lebih kukuh minggu depan.

“Jangkaan adalah untuk ringgit didagangkan antara 4.67 dan 4.70 berbanding dolar AS. Bagaimanapun, mungkin terdapat pergerakan ke arah 4.65 jika inflasi AS menjadi reda seperti yang dijangkakan minggu depan,” kata Innes.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS selepas Indeks Dolar AS (DXY) menurun dengan menjangkakan dasar monetari akan menurunkan kadar faedah di AS, ditambah dengan minat belian yang diperbaharui pada mata wang tempatan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS kepada 4.6815/6855 daripada 4.7440/7480 minggu sebelumnya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1821/1850 daripada 3.1642/1681 minggu sebelumnya, hampir tidak berubah berbanding pound Britain kepada 6.0050/0101 daripada 6.0042/0111 bagaimanapun naik berbanding euro kepada 5.1188/1231 berbanding 5.1434/1493 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Ringgit meningkat kepada 13.2134/2321 berbanding Baht Thailand daripada 13.2140/2345 Jumaat lepas, melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.5160/5192 daripada 3.5257/5301 minggu sebelumnya, menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 301.5/302.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.43/8.44 minggu lepas.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...