Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka meningkat kepada 4.40 berbanding dolar AS pada 2024 – MIER
Perniagaan

Ringgit dijangka meningkat kepada 4.40 berbanding dolar AS pada 2024 – MIER

KUALA LUMPUR, 27 November – Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2024, terutamanya pada separuh kedua tahun berkenaan kepada paras 4.40, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Ahli lembaga MIER Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata antara faktor yang memacu ringgit untuk mengukuh berbanding dolar AS tahun depan adalah kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan kepada 8.0 peratus yang akan memberi hasil tambahan kepada kerajaan dan menambah baik kedudukan fiskal.

Beliau berkata ringgit telah merosot pada 2023 yang didorong pemintaan luaran lebih lemah, pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di China serta peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

“Kedudukan ringgit telah menjadi aspek yang menjadi kebimbangan kami. Kita perlu mengendalikan perbezaan kadar faedah kita dan AS, malah semua negara lain,” katanya semasa sesi pembentangan Prospek Ekonomi Malaysia pada Persidangan Prospek Ekonomi Negara di sini hari ini.

MIER turut meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada julat 4.3 peratus hingga 4.6 peratus pada 2024.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...