Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan
Perniagaan

Ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 April– Ringgit dijangka lemah dan didagangkan sekitar RM4.76 berbanding dolar AS minggu depan di hadapan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai inflasi dan perangkaan jualan runcit AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sebilangan besar pegawai Fed dijadualkan akan terlibat dalam mesyuarat itu pada minggu depan, yang mana, beliau berpendapat akan mencerminkan mesej yang sama iaitu inflasi AS masih menjadi kebimbangan dan mereka perlu diyakinkan sama ada ia boleh mencapai matlamat 2 peratus bank pusat AS itu.

Angka jualan runcit AS akan diumumkan menjelang Isnin nanti dengan anggaran konsensus mengunjurkan ia akan berkembang 0.3 peratus dari bulan ke bulan pada Mac berbanding 0.6 peratus sebelumnya.

“Kemungkinan, keputusan keluaran dalam negara kasar suku pertama 2024 China boleh menjadi titik data yang akan menggerakkan pasaran kerana pelabur ingin mengukur sama ada ekonomi global kedua terbesar itu mampu berkembang sekitar 5 peratus pada 2024. Anggaran konsensus menunjukkan ekonomi China berkembang 5.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2024,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata indeks harga pengguna Kesatuan Eropah juga menarik untuk dilihat dengan anggaran yang menunjukkan bahawa kadar inflasi akan menyederhana lagi kepada 2.4 peratus pada Mac, memberi petanda bahawa Bank Pusat Eropah boleh berada di landasan yang betul dalam mengurangi kadar faedah tahun ini.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit adalah lebih rendah kepada 4.7680/7730 berbanding dolar US daripada 4.7460/7490 yang disaksikan pada minggu sebelum ini. Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1098/1133 daripada 3.1341/1363, meningkat berbanding pound British kepada 5.9562/9624 daripada 5.9956/9994 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0808/08643 daripada 5.0808/08643 .

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asean kecuali dolar Singapura.

Ia susut kepada 13.0831/13.1036 berbanding baht Thailand daripada 12.9495/12.9641 yang dicatatkan semasa Jumaat minggu sebelum ini, turun berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.439/8 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.3 daripada 299.4/299.8.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.5090/5129 daripada 3.5208/5233.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...