Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dalam persekitaran kembimbangan terhadap ekonomi China dan risiko geopolitik dan menjelang Belanjawan 2025.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembentangan Belanjawan 2025 dijadualkan berlangsung pada Jumaat depan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tumpuan utama.

\”Belanjawan 2025 harus menyediakan beberapa hala tuju yang jelas kerana kerajaan berkemungkinan akan terus komited untuk mengurangkan jurang belanjawan kepada empat peratus pada 2025, ia boleh menjadi positif daripada perspektif agensi penarafan kredit (CRA), pada masa sama ia akan mengubah kedudukan neutral kepada positif untuk prestasi ringgit minggu depan,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata faktor luaran telah memacu prestasi ringgit dan mungkin terus mempengaruhi sentimen terhadap mata wang tempatan bagi beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata faktor pemacu luaran, sentimen risiko global, ketegangan Asia Barat dan trajektori ekonomi China akan terus menentukan pergerakan ringgit.

\”Sekiranya China melancarkan pakej rangsangan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan, ia boleh mencetuskan peralihan bermakna bagaimanapun buat masa ini dengan ketegangan geopolitik berpanjangan, pasaran nampaknya kekal memilih dolar AS, namun jika China memberikan rangsangan kukuh minggu depan, ringgit dijangka akan meningkat,\” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendag berbanding dolar AS untuk minggu yang baru berakhir selepas beberapa data ekonomi AS menunjukkan bahawa ekonomi AS mahu mengelak kemelesetan,

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit merosot berbanding dolar AS kepada 4.2865/2910 daripada 4.2155/2240 sebelumnya.

Ia juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan jatuh berbanding euro kepada 4.6886/6935 daripada 4.6484/6578 minggu lepas, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8780/8812 daripada 2.8779/8839 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.6016/6075 daripada 5.5505/5617 sebelum ini.

Bagaimanpun, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Ia menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2824/2861 daripada 3.2489/2557 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8504/8704 daripada 12.7549/7861 seminggu sebelumnya.

Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 275.1/275.5 daripada 272.1/272.9 minggu lepas dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.49/7.50 daripada 7.49/7.51 sebelumnya. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...